Protes anti kerajaan Somchai Krisis_politik_Thailand_2008

Pada 20 September 2008, pemimpin PAD, Pipob Dhongchai menuntut Somchai membawa Thaksin pulang bagi menghadapi pendakwaan di mahkamah. Somchai jangan pula menggugurkan pendakwaan ke atas abang iparnya, Thaksin Shinawatra. Thaksin mendapat suaka di Britain dan masih berpengaruh di utara Thailand. [6]

Pemimpin PAD menolak barisan kabinet yang dilantik Somchai kerana dipenuhi anggota keluarga dan proksi Thaksin. Menteri Kesihatan baru, Charlerm Yoobumrung dianggap tidak memiliki pengalaman yang sesuai. Menteri Luar Thailand , Sompong Amornviwat tidak berkebolehan dan merupakan penasihat kepada Thaksin sebelum digulingkan pada September 2006.

Pada 18 September 2008, Menteri Kewangan Thailand , Surapong Suebwonglee menarik diri daripada kerajaan campuran baru untuk memberi tumpuan kepada kes rasuahnya di mahkamah. Surapong ialah Setiausaha Agung Parti Kuasa Rakyat (PPP) . Mahkamah Agung pada Julai 2008 bersetuju untuk mendengar dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan para menterinya termasuk Surapong melanggar undang- undang loteri pada 2003. [7]

Bekas Menteri Kewangan, Thanong Bidaya, tokoh perbankan Thailand pernah dua kali menjadi Menteri Kewangan, bertanggungjawab terhadap penurunan nilai baht yang membawa kepada krisis kewangan Asia 1997.

Pada 29 September 2008,Senator Ruangkrai Leekijwatana mendakwa Somchai Wongsawat melanggar perlembagaan kerana memiliki saham syarikat Internet, CS Loxinfo CSL.BK yang mendapat kontrak jangka panjang dengan firma telefon kerajaan, CAT Telecom untuk membekalkan perkhidmatan Internet menerusi satelit. Kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Thailand 2007 yang melarang menteri kabinet memiliki saham sebegitu.

Pada 17 Oktober 2008, Somchai didapati bersalah atas kesalahan 8 tahun lalu ketika Somchai bekerja di jabatan keadilan. Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan mendapati Somchai menghalang Chamnan Rawiwanpong menjalankan siasatan terhadap jualan tanah di wilayah Phatum Thani pada tahun 2000. Somchai mencadangkan Chamnan Rawiwanpong dipecat.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...